
Valentino Rossi baru-baru ini mendedahkan bahawa sebuah dokumentari tentang perjalanan hidup dan kerjayanya sedang dalam perancangan dan projek itu akan dimulakan dengan penerbitan sebuah buku terlebih dahulu. Dalam satu temu bual, Rossi berkongsi bahawa buku tersebut bakal merangkumkan kisah penuh kerjayanya daripada permulaan di kelas 125cc hinggalah ke saat persaraannya di MotoGP. Kemudian beliau akan membuat dokumentari bersiri (docuseries) berdasarkan kandungan buku itu.
Buat masa ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai filem atau dokumentari yang akan ditayangkan namun kenyataan Rossi ini mengesahkan bahawa usaha ke arah dokumentasi menyeluruh tentang dirinya sedang berjalan. Dalam nada berseloroh Rossi turut menyebut nama pelakon Hollywood Brad Pitt sebagai individu yang mungkin memegang wataknya dalam filem itu dengan katanya, “kami seiras”. Walaupun ia sekadar gurauan ia berjaya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Dengan status legenda dan pengaruh besar Rossi dalam dunia MotoGP, dokumentari ini dijangka mendapat perhatian luas apabila ia dilancarkan kelak dan berpotensi menjadi antara dokumentari sukan bermotosikal paling ditunggu dalam era moden.
The post Dokumentari Karier The Doctor Dalam Perancangan appeared first on TW Media.



