Dolla Jawab Isu Kontroversi SMDX, Stacy Turut Titip Nasihat Buat SMDX

28 May 2024 • 1:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nasihat berharga daripada artis tempatan untuk SMDX

Dolla Jawab Isu Kontroversi SMDX, Stacy Turut Titip Nasihat Buat SMDX. Seperti yang diketahui umum, sebelum ini kumpulan SMDX tular di media sosial apabila salah seorang anggotanya, Elle, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mengenali kumpulan Dolla.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman TikTok @f8buzz, kumpulan Dolla telah memberikan respons yang sopan santun dan berbudi bahasa terhadap isu berkenaan SMDX tersebut.

image is not available
Dolla Jawab Isu Kontroversi SMDX, Stacy Turut Titip Nasihat Buat SMDX

Dolla menyatakan bahawa mereka tidak mengharapkan semua orang mengenali kumpulan mereka kerana belum mencapai penonton seluruh rakyat Malaysia. Dolla berkata isu ini bukan masalah besar, malah mereka memberi semangat kepada SMDX untuk terus belajar kerana mereka masih baru dalam industri ini.

“Diorang masih baru dalam industri ini, kami cuma berharap dalam masa depan harap-harap dia akan belajar lagi dan semua yang terbaik pada masa hadapan. Jangan risau, kesilapan berlaku, tidak mengapa. Tak perlu gaduh-gaduh,” ujar Dolla.

Stacy dan Ayda Jebat turut menitip pesan kepada kumpulan SMDX

Sementara itu, penyanyi kelahiran Sabah, Stacy turut menasihati kumpulan gadis SMDX supaya mempersiapkan diri dan berhati-hati apabila ingin berada di dalam industri seni.

Selain itu, pelakon Ayda Jebat mengakui marah dengan tindakan salah seorang gadis SMDX yang berada di bawah syarikat rakamannya, Xeno.

Ayda berpendapat ini bukanlah masa yang sesuai untuk mereka tular kerana perkara yang menimbulkan perbalahan. Beliau sangat kecewa sehingga sanggup untuk terbang ke Sabah bagi memberi nasihat kepada kumpulan tersebut.