Dolla tidak kecil hati dengan SMDX – “Bukan semua orang kenal kami..”

Music
28 May 2024 • 8:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dolla

Kumpulan Dolla akhirnya tampil bersuara mengenai isu salah seorang ahli kumpulan SMDX tidak mengenali mereka sehingga dikecam teruk dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi temu bual yang dikongsikan @F8Buzz, Dolla berpandangan isu tersebut hanya hal remeh dan tak perlu diperbesarkan oleh orang ramai.

Dolla

image is not available

“On behalf of Dolla kita rasa its totally fine sebab Dolla pun tak expect yang semua orang kenal Dolla. We know yang kita belum lagi dapat capai seluruh audience rakyat Malaysia

“So tak mengapa pun ada orang yang tak kenal Dolla, sebab itulah kami keluarkan lagi lagu dan content. Hopefully dengan konsert ni kita dapat capai lagi more pendengar dan penyokong,” ujar Sabronzo.

Bukan itu sahaja, Dolla akan sentiasa memberi sokongan sepenuhnya terhadap kumpulan baharu dalam industri hiburan dan berharap SMDX dapat mempelajari lebih banyak perkara kelak.

Dolla

image is not available

image is not available

“Awak tahu kan dia sangat baru dalam industri, kami cuma harap yang pada masa depan dia akan belajar lebih banyak dan all the best in future.

“Kami sangatlah supportive, untuk girl group baru, boy group jadi all the best and jangan risau mistake happen dan that’s fine bila jadi macam ini,” jelas Tabby.

Dalam pada itu, Dolla menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan peminat supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berhenti berbalah di media sosial berhubung perkara tersebut.

Sumber: TikTok @F8Buzz