Stacy Tegur, Beri Nasihat Pada SMDX - “Tak Akan Nak Glamour Sahaja, Tak Boleh Begitu”

27 May 2024 • 10:51 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan bintang The Hardest Singing Show, Stacy menasihatkan kumpulan wanita baharu, SMDX supaya menjaga tutur kata ketika berbicara.

 

Tunjuk bakat, bukan glamour semata

Menurut Stacy, sebagai pendatang baharu mereka seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati ketika menjawab soalan yang diberikan.

“Janganlah, sebab macam mana sekali pun perkerjaan kita ini pada saya sudah ada kelas tersendiri.

“Tak akan nak glamour sahaja, tak boleh macam itu. Kamu kena pergi dengan cara yang betul. Maksudnya tunjuk bakat kamu dahulu.

“Mulut diam, saya tahu mulut anda lazer, mulut saya juga lazer tapi kena diam, awak mahu masuk dalam industri seni, anda harus bersedia dalam segala hal dan berhati-hati,” tegasnya ketika diminta mengulas mengenai isu SMDX.

Stacy berkata demikian ketika ditemui usai konsert ketiga The Hardest Singing Show bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

Selain Stacy, penyanyi Ayda Jebat juga turut menegur sikap salah seorang anggota kumpulan berkenaan iaitu Elle Thong.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

 

Terdahulu, nama SMDX menjadi hangat berikutan komposer, Julfekar menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle Thong yang dilihat sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab komen netizen.

Julfekar berkata sikap sebegitu boleh memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tidak hanya isu tersebut, Elle juga turut mendedahkan dirinya langsung tidak mengenali Dolla yang kini boleh dianggap sebagai group wanita paling popular negara.

Untuk info, kemunculan SMDX (disebut sebagai Sumandax) menerusi lagu Original Sabahan baru-baru ini menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Kumpulan wanita Sabah pertama yang berada di bawah naungan XIOKK Entertainment itu dianggotai oleh Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong.