Tembakan Dilepaskan, Cubaan Bun*h Donald Trump Ketika Kempen Pilihan Raya Republikan

14 Jul 2024 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan telah cedera di telinga selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki bersenjata ketika kempen pilihan raya di Butler, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Tembakan yang dilepaskan oleh lelaki bersenjata itu turut terkena seorang penonton kempen pilihan raya itu sehingga terkorban.

Memetik laporan BBC, difahamkan, tembakan tersebut buat masa ini diklasifikasikan sebagai kes cubaan membunuh.

Difahamkan juga, lelaki yang melepaskan tembakan itu juga kemudiannya telah ditembak mati oleh pegawai Perkhidmatan Rahsia AS.

Trump yang memegang jawatan sebagai presiden AS pada tahun 2017 sehingga 2021 pada ketika kejadian sedang memberi ucapan ketika kempen pilihan raya kerana beliau akan bertanding merebut jawatan Presiden itu pada pilihan raya akan datang menentang Joe Biden.

image is not available

Ketika sedang berucap di atas pentas, tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran dan pegawai Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) terus meluru ke arah Trump untuk melindunginya.

Sumber: BBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.