
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini memberikan petanda yang mana kerajaan Amerika Syarikat mungkin mendapatkan pegangan ekuiti pada NVIDIA. Melalui perkongsian beliau, Trump mengatakan ia mungkin masih belum terlambat dalam mendapatkan pegangan pada syarikat cip berkenaan.
Untuk makluman, sebelum ini kerajaan Amerika Syarikat turut telah mendapatkan pegangan pada Intel, sehingga hampir 10%.
Buat masa ini, tiada sebarang keputusan dilakukan berkenaan perkara ini. Mengikut beberapa laporan juga, ia dikatakan Donald Trump sendiri yang telah melobi dan mengarahkan agar Jensen Huang kembali sebagai CEO NVIDIA, dalam memastikan kurang impak kepada syarikat cip berkenaan, dan juga mengurangkan kesan terhadap ekonomi Amerika.





