Donald Trump Menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat

WorldPolitics
6 Nov 2024 • 4:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Calon Republikan Donald Trump sekali lagi memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 apabila berjaya melepasi 270 undi elektoral hasil kemenangan di Wisconsin.

Trump setakat ini meninggalkan pencabar utamanya, Kamala Harris dari parti Demokratik dengan undi elektoral 277-224.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan dia bakal kembali ke Rumah Putih dan dilantik sebagai Presiden AS buat kali kedua.

Trump sekitar tiga jam lalu membuat pengisytiharan yang dia sudah memenangi pilihan raya dan akan bergelar Presiden AS ke-47 di hadapan ribuan penyokongnya.

Trump ketika memberikan ucapan di Pusat Konvensyen West Palm Beach di West Palm Beach, Florida turut berjanji akan ‘memulihkan’ negara itu.

Anwar ucap tahniah buat Trump

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Trump atas kejayaan luar biasanya membuat ‘comeback’.

Menurut Anwar, kejayaan Trump diharap akan membawa lembaran baharu dan peluang yang diperbaharui.

Jelas beliau, Malaysia bersedia untuk maju ke hadapan dengan penuh optimis, kerjasama, dan tujuan bersama.

“Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia berharap agar Amerika Syarikat dapat menggiatkan semula pembabitannya dengan Asia Tenggara.

“Kami juga menggesa AS untuk menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menamatkan keganasan dan kehilangan nyawa di Palestin dan Ukraine,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di X.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved