Donald Trump Menang Presiden Amerika Syarikat Sekali Lagi

6 Nov 2024 • 7:53 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Calon Parti Republikan, Donald Trump menang sekali lagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya memperoleh 270 undi elektoral, lapor portal berita The Hill hari  ini.

Beliau memenangi 270 undi elektoral  sekali gus melayakkannya menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk kali kedua selepas mencabar jawatan itu pada tahun 2017 hingga Januari 2021.

Ketika Trump memenangi jumlah undi elektoral itu, pencabarnya utamanya, Kamala Harris daripada Parti Demokrat terpaksa berpuas hati dengan memperoleh 230 undi elektoral.

Beliau jauh meninggalkan Harris sejak di peringkat awal lagi apabila media AS mengunjurkan kemenangan Trump di 20 negeri sebelum ini.

Trump memperoleh kemenangan besar di Texas dan Ohio serta sebilangan negeri lain yang cenderung menyokong Parti Republikan. – AGENSI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved