Donald Trump Minta Mahkamah Agung Amerika Syarikat Untuk Tangguh Pengharaman TikTok

TechnologyDigital
28 Dec 2024 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Donald Trump, bakal Presiden Amerika Syarikat kini telah meminta Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menangguhkan perundangan yang akan mengharamkan TikTok pada Januari 2025 ini. Penangguhan diminta sehingga Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Melalui permohonan yang dilakukan, ia dikatakan Presiden akan datang berhasrat untuk mencari kaedah penyelesaian masalah berkenaan dengan TikTok ini secara politik.

Mengikut perintah asal mahkamah, TikTok sepatutnya diharamkan di Amerika Syarikat berkuat-kuasa 19 Januari, sementara Donald Trump akan menjadi Presiden secara rasminya berkuat-kuasa 20 Januari.

Apa yang menariknya adalah pada 2020 yang lepas, Donald Trump yang menjadi Presiden Amerika Syarikat ketika itu berusaha untuk memastikan TikTok diharamkan atau dijual kepada syarikat Amerika Syarikat – dan kini dilihat sedang mencuba untuk untuk menyelamatkan media sosial tersebut. TikTok sering dikaitkan dengan ancaman sekuriti kepada negara tersebut, namun tiada bukti berkaitan yang didedahkan oleh pihak Amerika Syarikat setakat ini.