“Dorang Sangat Serasi” – Gelagat Mesra Han Sohee & Park Seojoon Raih Perhatian Netizen

12 Jan 2024 • 2:14 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Suka betul tengok hubungan selebriti bahagia macam ni.

Semasa majlis makan malam untuk meraikan tamatnya penggambaran drama “Gyeoseong Creature”, Park Seo-joon dilihat bermain dart sambil diperhatikan Han So-hee.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat Han So-hee yang tidak henti menyuruh Park Seo-joon raih mata yang tinggi untuk permainan itu.

Disebabkan oleh Park Seo-joon tidak mendapat sebarang mata, Han So-hee menunjukkan bakatnya dan berjaya mendapat 50 mata. Rata-rata netizen terhibur dengan tingkah laku dua pelakon terbabit dan meninggalkan komen berkata,

Kenapa serious sangat tu Han So-hee, saya suka!

Han So-hee sangat competitive, kelakar.

Dorang nampak sangat mesra dan serasi.

Comelnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.