“Dorang tengok jugak ke?”- Filem Mat Kilau Tersenarai Dalam Top 10 Movies Di Netflix Israel

Entertainment
24 Sep 2022 • 10:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, filem adaptasi sejarah, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof telah pun mula ditayangkan di Netflix dan nampaknya filem terbabit bukan sahaja trending di Malaysia, malah ia juga turut ditonton oleh rakyat negara lain.

image is not available

Menurut portal FlixPatrol, Mat Kilau telah tersenarai dalam Top 10 Movies yang sedang trending di Netflix Israel.

Filem lakonan Adi Putra dan Beto Kusyairy itu telah berada di tangga keenam dalam senarai tersebut (setakat 23 September). Beberapa hari sebelum ini, Mat Kilau berada di tangga keempat, jadi ini bermakna ia telah jatuh dua anak tangga.

image is not available

Ini membuatkan ramai juga warganet negara kita yang tertanya-tanya bagaimana sebuah filem Melayu boleh menjadi pilihan penduduk di sana.

image is not available

Boleh dilihat dalam senarai Top 10 Movies tersebut bahawa filem sejarah Melayu itu merupakan satu-satunya filem dari Asia yang ditonton oleh penduduk di sana.

Antara filem-filem lain yang turut tersenarai dalam Top 10 Movies itu ialah Do Revenge, Venom, I Used to Be Famous, Me Time dan Casino.

Bukan itu sahaja, filem Mat Kilau ini juga boleh dikatakan mencipta sejarah kerana menurut laman web yang sama, ia dikatakan telah ditonton oleh rakyat negara Bahamas, Hong-Kong, Finland dan Cyprus.

image is not available

Tak sangka ada negara lain yang berminat dengan filem sejarah Melayu macam ni kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.