“Mula-mula kata ngantuk lepastu…” – [VIDEO] Wanita Amerika Tonton Mat Kilau Sampai Berlinang Air Mata!

Entertainment
20 Sep 2022 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan menjadi bualan ramai. Seperti ramai yang sedia maklum, filem pecah panggung itu kini boleh ditonton di rumah anda melalui laman penstriman Netflix.

Filem yang mengaut hampir RM 100 juta ketika ditayangkan di pawagam itu, dibintangi oleh nama-nama besar dalam industri seperti Dato Adi Putra, Beto Kusyairi dan Fattah Amin.

Mat Kilau mula ditayangkan di Netflix sejak 16 September lalu dan ia mendapat respon yang pelbagai daripada penonton.

“Berlinang air mata…”

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @jaibhrdn merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, dia telah berkongsi reaksi isterinya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat menonton filem yang berdasarkan sejarah Malaysia itu.

@jaibhrdn

Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata image is not available

♬ Funny Song – Cavendish Music

“Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata.” tulisnya di ruangan kapsyen.

review

image is not available

Comel betul! Korang dah tengok ke Mat Kilau di Netflix?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.