“Double standard” – [VIDEO] Polis ‘Escort’ Potong ‘Double Line’ Buat Netizen Geleng Kepala

Entertainment
27 Jul 2022 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, banyak juga orang yang menyuarakan rasa tak puas hati mereka bila melihat golongan VIP diiringi oleh polis escort. Lebih-lebih lagi kalau perkara ini berlaku ketika kesesakan jalan atau melibatkan kenderaan kecemasan yang perlu diberhentikan kerana mahu memberi laluan kepada konvoi tersebut.

Terbaru, seorang netizen telah memuat naik video di Facebook menunjukkan kereta polis yang mengiringi dua kereta mewah dibawa menggunakan lori telah memotong beberapa buah kereta di jalan double line.

Dapat dilihat di dalam video tersebut, lelaki yang merakam insiden ini sedang memandu seperti biasa tanpa kenderaan di hadapannya sebelum tiba-tiba sebuah kereta polis berlawanan arah muncul di hadapannya cuba memotong kereta-kereta lain.

Ekoran ini, lelaki tersebut terpaksa memperlahankan kenderaannya dan sempat ke tepi bagi memberikan laluan kepada konvoi tersebut.

Salam boleh bagi pendapat. Jika berlaku kemalangan adalah saya salah? Atau polis yang escort tu salah?

Bagi saya, kereta polis tu buat satu perkara yg sangat berbahaya. Nyaris nk accident. Bernasib baik sbb tepi tu ada rumput dan sempat ketepi.

Tolong bagi pendapat. Jika polis tu salah, adalah saya berhak utk aduan kerana membahayakan pengguna jalanraya lain. Jalan kecil, dan bukannya highway.

Terima kasih.”

Posted by Hamdan Zakaria on Saturday, July 23, 2022

“Silibus baru ke double line boleh potong?”

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan tindakan seperti ini. Lagi-lagi bila melihat bahu jalan di dalam video tersebut sempit dan boleh membahayakan pemandu lain.

image is not available

Memang bahaya bila tengok video tu. Harapnya PDRM kaji semula dan pastikan perkara macam ni tak berulang. Yelah, kalau berlaku kemalangan nantikan dah susah…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.