DPMM FC, Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA

LocalFootball
11 Oct 2026 • 11:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DPMM FC, Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA
Pemain Selangor FC, Zikri Khalili (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Star City FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2026/2027 di di Stadium MBPJ hari ini. - Foto: Bernama

KELAB dari Brunei DPMM FC dan Selangor FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala FA 2026 selepas melepasi halangan masing-masing pada aksi suku akhir kedua malam ini.

DPMM FC menyingkirkan Kuala Lumpur City FC dengan agregat 4-3, manakala Selangor FC melangkah ke pusingan seterusnya menerusi kemenangan agregat 6-4 ke atas Star City FC.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, DPMM FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada perlawanan suku akhir pertama di Bandar Seri Begawan.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan seawal minit ke-11 apabila penyerang DPMM FC, Jordan Murray, menyudahkan hantaran jauh Tommy Mawat Bada untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

Pada aksi separuh akhir nanti, DPMM FC bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir meskipun tewas 2-3 kepada Star City FC pada aksi malam ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Selangor FC membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi tandukan Zikri Khalili yang menyempurnakan peluang hasil sepakan sudut.

Skuad Gergasi Merah menggandakan kelebihan pada minit ke-34 apabila Vitor Pernambuco meledak gol kedua untuk membolehkan tuan rumah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Star City FC bangkit pada babak kedua apabila Moses Atede merapatkan jurang pada minit ke-62 sebelum Pedro Santos menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Ramon Machado kemudian melengkapkan kebangkitan pasukan pelawat menerusi gol pada minit ke-90, namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor FC daripada mara ke separuh akhir menerusi agregat 6-4.

Selangor FC kendlian Kim Pan Gon akan menentang Kuching City FC pada aksi separuh akhir nanti. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved