Piala FA: Selangor FC ‘cemas’ sebelum ke separuh akhir

FootballSports
11 Oct 2026 • 10:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: Selangor FC ‘cemas’ sebelum ke separuh akhir

PETALING JAYA – Selangor FC menarik nafas lega apabila tetap mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala FA meskipun tewas 2-3 kepada Star City pada perlawanan dramatik suku akhir kedua sebentar tadi.

Kekalahan itu tidak menjejaskan kemaraan pasukan kendalian Kim Pan-gon apabila mereka tetap unggul dengan agregat 6-4 hasil kemenangan besar 4-1 pada pertemuan pertama di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bulan lalu.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya ini, skuad Gergasi Merah pada awalnya kelihatan selesa mengawal laluan ke pusingan seterusnya apabila Zikri Khalili membuka tirai jaringan seawal minit ke-8.

Tuan rumah terus tersenyum apabila Vitor Pernambuco menggandakan kelebihan pada minit ke-34 menerusi penyudah tenang selepas memperdaya penjaga gol lawan.

Namun, Star City enggan mengalah apabila Moses Atede merapatkan jurang pada minit ke-62 sebelum Pedro Santos menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Ketika Selangor dilihat mampu menamatkan perlawanan dengan keputusan seri, Ramon Machado menghukum tuan rumah menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kebangkitan Star City.

Keputusan 2-3 kekal hingga wisel penamat dengan menyaksikan Selangor bakal bertemu Kuching City pada separuh akhir yang dijangka berlangsung pada bulan depan. – KOSMO! ONLINE

The post Piala FA: Selangor FC ‘cemas’ sebelum ke separuh akhir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved