Dr Akmal tiba di Mahkamah Bukit Mertajam

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada jam 8.25 pagi dan diringi oleh ratusan penyokongnya.

image is not available
Hanya Muhamad Akmal dan ahli keluarganya sahaja dibenarkan masuk ke pekarangan kompleks mahkamah.

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, pada jam 8.25 pagi.

Muhamad Akmal diringi oleh ratusan penyokong, namun hanya beliau dan ahli keluarganya sahaja dibenarkan masuk ke pekarangan kompleks mahkamah.

**media[3245995]**

Beliau diiringi lapan peguamnya yang diketuai Aizat Azam, Syahrul Syazwan Salehin, Hafiz Norkhan, Datuk Mohd Imran Tamrin, Syafiq Bahtiar, Zaki Shah,Fazreen Izuan dan Shakeel Saifuzzaman.

Isteri beliau, Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus mengiringi beliau sehingga ke kamar mahkamah.