Dr. Akmal tidak bertanding PRN Melaka jika BN-PH bekerjasama

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 7:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dr. Akmal tidak bertanding PRN Melaka jika BN-PH bekerjasama

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kerjasama politik.

Kenyataan itu dibuat susulan perkembangan terbaharu mengenai kemungkinan PH dan BN membuka ruang perbincangan bagi menghadapi PRN Melaka yang semakin hampir.

Beliau berkata, pendirian tersebut berlandaskan prinsip yang dipegangnya berbanding mengejar jawatan sebagai wakil rakyat.

“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab saya lebih rela pertahankan prinsip saya daripada sebuah jawatan wakil rakyat.

“Insya-Allah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Akmal turut mempersoalkan pendirian PH yang sebelum ini didakwa menganggap UMNO sebagai bermuka-muka dan menikam kawan, namun kini parti itu dilihat membuka ruang untuk bekerjasama dengan UMNO.

“Kalau UMNO bermuka-muka, kalau UMNO tikam kawan, tapi UMNO juga yang dicari,” katanya.

Terdahulu, media hari ini melaporkan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama antara PH dan BN pada PRN Melaka berkemungkinan dibincangkan memandangkan pilihan raya negeri itu semakin hampir.

Ujarnya, perkara itu akan diputuskan selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pulang ke tanah air, esok.- KOSMO! ONLINE

The post Dr. Akmal tidak bertanding PRN Melaka jika BN-PH bekerjasama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved