
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang jika Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Akmal berkata beliau lebih rela mempertahankan prinsip daripada sebuah jawatan wakil rakyat jika kerjasama itu berlaku.
"Kata UMNO bermuka-muka, kata UMNO tikam kawan, tapi UMNO juga yang dicari.
"Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab saya lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat.
Akmal Saleh Mahu Johor ‘Tunaikan Hasrat’ Nga Kor Ming Letak Jawatan Jika BN Menang Besar
Dr Akmal Persoal Janji Hapus Tol, Dakwa PH Sudah 44 Bulan Jadi Kerajaan
“UMNO Bukan Parti Anak-Beranak” - Dr Akmal Tegur Puad
"InsyaAllah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan," katanya.
Beliau berkata sedemikian susulan kenyataan Saifuddin Nasution yang memaklumkan PH mungkin akan membincangkan kerjasama dengan BN dalam PRN Melaka.






