“Dr Dre perform kat sini masa Superbowl” – Zul Ariffin Teruja Pertama Kali Tonton Piala Dunia Depan Mata

19 Jun 2026 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft zul

Sama seperti orang lain, pelakon terkenal Zul Ariffin juga mempunyai impian untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di depan mata. Jadi, tidak hairanlah pelakon filem The Furious ini begitu teruja apabila dia berjaya menjejakkan kakinya ke Stadium Los Angeles.

Menerusi Instagram miliknya, Zul menjelaskan bahawa stadium tersebut merupakan satu lokasi yang pernah menjadi tumpuan dunia saat penyanyi rap terkenal melakukan persembahan untuk Superbowl pada beberapa tahun lepas.

Artikel berkaitan: “Bukan aku cakap ‘hai marilah cuba benda ni” – Zul Ariffin Perjelas Isu Video Viral Di Threads

Kata Zul, jika dibandingkan dengan menonton di kaca televisyen, ia adalah satu pengalaman paling menakjubkan dalam hidupnya apabila dapat menyaksikan beberapa perlawanan di depan mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Menonton perlawanan England yang hebat semalam, Bosnia hari ini, dan saya sangat seronok!! Ianya hebat, pengalamannya sangat hebat dan setiap saatnya di sini begitu indah.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluah rasa cemburu dan ada juga yang tumpang gembira buat Zul Ariffin.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.