Dr Hisham Mahu Terus Berjuang! Kembali Bertugas Di Hospital Putrajaya Sebagai Doktor Bedah

4 Oct 2023 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seorang wira sewaktu pandemik lalu dan sekarang kembali bertugas sebagai doktor bedah selepas bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Perkara ini dimaklumkan Dr Hisham di aplikasi X di mana dia kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya.

Pada pagi ini, saya kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya. Institut Endokrin ini meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil.

Unit rawatan rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) dan Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi) serta 4 Dewan Bedah telahpun mula beroperasi pada minggu lepas.

Saya akan mula sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap hari Selasa.

Untuk pengetahuan korang, Dr Hisham telah menerima anugerah doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network selepas berjaya menjalankan tugas yang baik sepanjang menangani pandemik.

Semoga Dr Hisham terus sihat dan dipermudahkan segala urusan olehNya sepanjang menjalankan tugas.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved