Selepas Lima Bulan Bersara, Dr Noor Hisham Kembali Bertugas Di Bilik Bedah

4 Oct 2023 • 4:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dr Noor Hisham kembali bertugas di bilik bedah sebagai pakar bedah di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh beliau di laman Facebooknya dan akan memulakan sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan bertugas di klinik pada setiap hari Selasa.

Dr Noor Hisham kembali bertugas

“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa, Insha-Allah,” katanya.

Institute Endokrin ini meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil. Unit rawatan rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) dan Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi) serta 4 Dewan Bedah telah pun mula beroperasi pada minggu lepas.

Bukan itu sahaja, beliau berharap institut tersebut dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa.

image is not available

Sumber: Facebook @Hisham Abdullah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved