Dr. Hisham Kembali Bertugas Di Hospital Putrajaya, Bakal Lakukan Pembedahan Setiap Isnin

4 Oct 2023 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah baru-baru ini mengumumkan beliau kembali bertugas di Institut Endoktrin Hospital Putrajaya.

Menurut posting beliau di Facebook, Institut Endoktrin itu meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan kapasiti 220 buah katil. Ia juga dilengkapi dengan unit rawatan rapi (ICU) dan Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endoktron Berintegrasi).

Difahamkan dewan bedah di institut berkenaan telahpun mula beroperasi dan Tan Sri Hisham akan memulakan sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap Selasa.

image is not available

“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa”

Tambah bekas KP Kesihatan berkenaan, dia berharap institut berkenaan boleh mengukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endoktrin di Malaysia dan pada yang sama kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa.

Pembedahan endokrin memberi tumpuan kepada sistem dalam badan yang melibatkan kelenjar tiroid, paratiroid dan adrenal.

Dr Noor Hisham, seorang pakar bedah endokrin, mengambil peranan sebagai ketua dan perunding kanan pembedahan payudara dan endokrin di hospital pada tahun 2002 sebelum bersara sebagai ketua pengarah Kesihatan pada 19 April.

Sumber : Facebook | The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.