Dr Mahathir minta undi calon Melayu dalam surat terbuka

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 8:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dr Mahathir minta undi calon Melayu dalam surat terbuka
Surat terbuka Dr Mahathir yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.
Image from: Dr Mahathir minta undi calon Melayu dalam surat terbuka
Surat terbuka Dr Mahathir yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya mahu negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu.

Menerusi surat terbuka, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, orang Melayu bakal berdepan pilihan calon dan kesan daripada pemilihan itu amat besar.

"Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu, undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO (badan bukan kerajaan).

**media[3567398]**

"Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan, kesetiaan orang Melayu sepatutnya diberikan kepada bangsa Melayu dan bukannya kepada parti politik atau mana-mana kumpulan tertentu.

Malah menurutnya, jika kesetiaan itu diberi kepada parti atau puak tertentu, Tanah Melayu berisiko kehilangan identiti.

"Tanpa Tanah Melayu, akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini.

"Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved