Dr Zaliha Jangka Caj Kesesakan Mampu Kurangkan 20 Peratus Kesesakan Di Kuala Lumpur

LocalPolitics
27 Feb 2025 • 4:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Caj Kesesakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa jangka pelaksanaan Caj Kesesakan mampu mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata untuk memastikan kejayaan inisiatif yang mash di peringkat kajian itu, kadar Caj Kesesakan hendaklah pada suatu nilai yang akan menyurutkan pengguna daripada melalui jalan tertentu.

Caj Kesesakan

image is not available

“Tetapi kerajaan juga tidak mahu caj berkenaan menambah beban pengguna jika diletakkan terlampau tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Azman ingin tahu apakah mekanisme caj kesesakan yang bakal digunakan sekiranya ia dilaksanakan dan jumlah penurunan kesesakan yang dijangka oleh kerajaan.

Dr Zaliha berkata kajian Prasarana Malaysia Berhad pada 2020 menunjukkan kerugian yang ditanggung negara akibat kesesakan jalan raya ialah RM20 bilion.

Caj Kesesakan

image is not available

Kajian pelaksanaan Caj Kesesakan itu dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

“Kajian itu merangkumi pelbagai aspek, termasuk mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan jumlah trafik, serta kadar peningkatan penggundan pengangkutan awam sekiranya caj berkendan diperkenalkan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan usaha memantapkan jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur berjalan serentak dengan kajian Caj Kesesakan ini.

image is not available

Sumber: Bernama