Dr Zulkifli : Sistem Kecerdasan Buatan Amat Baik Dan Luar Biasa, Namun Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama Islam

TechnologyDigital
17 Feb 2023 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dr Zulkifli, bekas Mufti WP sebelum ini, kini berkongsi mengatakan berdasarkan penelitian beliau, sistem kecerdasan buatan (AI) adalah amat baik dan luar biasa, namun ia masih kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.

Seperti ramai sedia maklum, ChatGPT telah menjadi salah satu perbualan ramai sejak kebelakangan ini, dan ia digunakan dalam pelbagai perkara untuk menjawab persoalan, meringkaskan sesuatu perkara, dan mendapatkan bahan rujukan.

Namun, menurut Dr Zulkifli, antara elemen yang tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal, mentarjiah setiap pandangan dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan.

Disamping ChatGPT, kebelakangan ini terdapat juga beberapa perkhidmatan yang memfokuskan pertanyaan berkaitan agama Islam, termasuk seperti HadithGPT dan juga UstazGPT. Ujian kami sendiri mendapati ia tidak menawarkan jawapan yang tepat untuk pelbagai persoalan, dan pengguna boleh melabelkan ia untuk penambah-baikkan. Malah, pembangun HadithGPT telah mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan memfokuskan kepada penggunaan yang lebih baik untuk teknologi tersebut.