
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Belakangan ini, semakin banyak kemalangan jalan raya yang dilaporkan berlaku melibatkan kenderaan berat seperti treler dan bas persiaran.
Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan insiden tidak diingini ini berlaku, antaranya masalah teknikal, keadaan jalan raya dan lain-lain.
Namun, tidak dinafikan bahawa sikap pemandu yang memandu secara laju dan berbahaya juga boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
Tular lori tangki minyak dipandu secara bahaya
Baru-baru ini, tular pula di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan sebuah lori tangki minyak didakwa dipandu secara bahaya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Threads @zspidercute, kejadian dipercayai berlaku semalam (5 Ogos) di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Dalam rakaman tersebut, kelihatan lori berkenaan yang berada di lorong kiri lebuh raya tersebut mengekori rapat kereta pemilik dashcam yang berada di hadapannya.
“Betul-betul buat hal abang ini (pemandu treler). Kau kalut-kalut nak pergi mana? Ada anak bini dalam kereta ni bang,” tulis di kapsyen.
Bagi lampu tinggi, siap berhenti tengah jalan dan turun dari lori
Bukan hanya mengekori rapat, malah pemandu tanker tersebut turut memberi lampu tinggi kepada kereta tersebut meskipun ketika itu lebuh raya berada dalam keadaan sesak.
Dalam video sama, kelihatan tanker berkenaan kemudiannya menukar lorong untuk memintas kenderaan terbabit sebelum menghimpit dan berhenti di tengah-tengah lebuh raya.
‘Pilot darat’ tersebut kemudiannya turun daripada lori dan pergi ke arah pemilik dashcam tersebut.
Berlaku pertengkaran di antara pemandu kereta dan driver tanker berkenaan di mana masing-masing menyalahi antara satu sama lain.
Turut kedengaran pemandu treler terbabit berdoa meminta Allah SWT untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar.
Netizen pakat kecam driver tanker
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu treler terbabit kerana memandu secara bahaya dan bertindak berhenti di tengah-tengah lebuh raya.
Kebanyakan orang juga meminta agar pihak berkuasa termasuk syarikat minyak treler berkenaan mengambil tindakan dengan segera.
Pun begitu, ada juga yang meminta agar pemilik dashcam berkongsi rakaman lebih panjang sebelum kejadian bagi membuktikan siapa sebenarnya di pihak yang betul dan mengaitkannya dengan perumpamaan ‘pokok tidak akan bergoyang, jika tidak ditiup angin’.
Kebiasaannya, pemandu lori tangki perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di atas jalan raya.
Memetik akaun Facebook ZAM Auto Accessories, had laju lori tanker kebiasaannya tidak melebih 80KM/j bagi jalan lurus atas faktor keselamatan.






![Boleh Jadi Punca Keracunan! Doktor Kongsi Makanan Yang Bahaya Disimpan Dalam Peti Sejuk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“Tergamaknya Orang Buang” – Pemuda Selamatkan Kucing Dalam Plastik Beras Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)