
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap jenama kenderaan yang ada di Malaysia tidak kira tempatan mahupun luar negara pastinya mempunyai pusat servis di setiap negeri..
Pusat servis ini bagi memudahkan para pelanggan mereka yang ada di serata negeri menghantar kenderaan untuk diperiksa dan diperbaiki.
Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) meluahkan kekecewaannya terhadap pengeluar kereta Jepun, Honda dengan mendakwa pusat servis jenama itu di Perlis tidak memuaskan menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin lalu (4 Ogos).
Maza dakwa pusat servis Honda keberatan ingin baiki kenderaan rasmi kerajaan negeri
Terbaharu, Maza mendakwa beliau mendapat maklumat dari pegawainya yang pusat servis Honda keberatan untuk membaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri itu kerana posting tersebut melainkan beliau menurunkan status yang mempersoal kualiti jenama dari Jepun itu di Facebook.
“Dakwanya (pegawai Maza), pihak HQ Honda pun keberatan untuk membaiki jika tidak diturunkan status (posting Facebook). Perbualan itu dirakam.
“Saya fikir syarikat besar seperti Honda sepatutnya lebih profesional dalam hal ini. Servis dan pembaikan selama ini pun bukan percuma,” katanya.
Maza dakwa banyak kereta Honda digunakan kerajaan negeri hadapi pelbagai masalah
Dakwanya lagi, kebanyakan kereta Kerajaan Negeri yang berjenama Honda menghadapi pelbagai masalah.
“Saya difahamkan himpunan aduan ke atas pusat servis juga sedang dikumpulkan. Itu yang menyebabkan pengguna Honda kadang-kala cuba baiki di tempat lain.
“Saya sebut hal ini untuk iktibar para pengguna dan mereka yang ingin membeli kereta,” katanya lagi.
Kenderaan rasmi Honda Accord rosak di tengah jalan, dakwa bukan kali pertama berlaku
Terdahulu, kereta jenis Honda Accord yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Maza telah rosak di tengah jalan ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Bertam.
“Ini bukan kali pertama Honda Accord buat perangai, sudah beberapa kali. Di samping kualiti kereta yang tidak memuaskan, tempat servis Honda di Perlis juga bagi saya tidak memuaskan,” katanya.
“Kepada sesiapa yang ingin membeli kereta jenis ini, elok membuat semakan semula. Berdasarkan maklumat pihak pengendali kerosakan, Honda memang banyak yang rosak atas lebuh raya,” ujar Maza di Facebook.
Dalam pada itu, Honda Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang dalam proses perbincangan bersama Dr Maza.
Pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut memandangkan perbincangan masih lagi sedang berlangsung



![“Tergamaknya Orang Buang” – Pemuda Selamatkan Kucing Dalam Plastik Beras Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)