Dua Anggota Polis Ditangkap Khalwat Ditukar Jabatan – Ketua Polis Pulau Pinang

11 Mar 2024 • 12:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua anggota polis yang ditangkap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang didakwa khalwat ditukar jabatan serta-merta.

Sebelum ini, kedua-dua anggota polis tersebut telah ditangkap di sebuah hotel di Tanjong Tokong, George Town pada Ahad, lapor Malaysia Gazette.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, anggota yang masing-masing memegang pangkat koperal dan sarjan mejar itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

“Kita telah keluarkan arahan untuk menukarkan dua anggota pangkat rendah itu serta-merta selepas menerima laporan berhubung kejadian.

“Tindakan tatatertib juga diambil terhadap mereka berdua oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Terdahulu, seorang wanita berstatus isteri orang ditahan bersama rakan sekerja atas dakwaan berkhalwat selepas suaminya membuat aduan kepada JHEAIPP.

Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok berkata hasil serbuan itu membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 37 tahun.

“Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” ujarnya.

Dua anggota polis ditangkap khalwat ditukar jabatan

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Sementara itu, suami kepada wanita berkenaan yang menghidap angin ahmar turut berada di lokasi kejadian.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)