Dua banduan kembali ke penjara selepas didakwa ceroboh rumah

19 Aug 2026 • 2:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua banduan kembali ke penjara selepas didakwa ceroboh rumah

SEBERANG PERAI – Belum sempat menghabiskan tempoh pelepasan secara berlesen, dua banduan kembali ke penjara selepas dihukum penjara lapan bulan selepas menceroboh sebuah rumah di Tasek Gelugor, minggu lalu.

Tertuduh, Zainudin Chik Ani, 46, dan Azizan Osman, 46, dijatuhi hukuman tersebut setelah mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini.

Kedua-dua tertuduh sepatutnya dibebaskan sepenuhnya pada 11 September.

Dalam pertuduhan tersebut, seorang lagi rakan tertuduh, Mohammad Asyraaf Zuhairi Adam Rizalee, 33, turut dijatuhi hukuman sama.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki rumah seorang wanita berusia 28 tahun di Jalan Padang Menora, Lahar Yooi, Tasek Gelugor kira-kira pukul 7.50 pagi, 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh sebagai mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan, namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nor Syamimi Abu Bakar yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan faktor tanggungan keluarga.- KOSMO! ONLINE

 

The post Dua banduan kembali ke penjara selepas didakwa ceroboh rumah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved