Dua banduan kembali ke penjara selepas didakwa menceroboh

19 Aug 2026 • 2:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua banduan kembali ke penjara selepas didakwa menceroboh

BUTTERWORTH: Dua banduan yang sedang menjalani Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) terpaksa kembali ke tirai besi selepas dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh sebuah rumah di Tasek Gelugor, minggu lepas.

Kedua-dua banduan itu, Zainudin Chik Ani, 46, dan Azizan Osman, 46, sepatutnya dibebaskan sepenuhnya pada 11 September ini sebelum terpalit dengan kes pencerobohan tersebut bersama seorang lagi tertuduh iaitu Mohammad Asyraaf Zuhairi Adam Rizalee, 33.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal kemudian menjatuhkan hukuman terbabit terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas mereka mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki rumah seorang wanita berusia 28 tahun di Jalan Padang Menora, Lahar Yooi, Tasek Gelugor kira-kira pukul 7.50 pagi pada 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap ketiga-tiga tertuduh bermula dari tarikh tangkapan selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, Zainudin turut berdepan hukuman tambahan apabila dipenjara selama 10 bulan selepas mengaku bersalah melakukan pecah rumah di kediaman mangsa sama sebelum mencuri sebuah telefon bimbit Oppo model CPH 2483 serta satu rangkai kunci bersama kunci motosikal.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN

The post Dua banduan kembali ke penjara selepas didakwa menceroboh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved