
Kota Kinabalu: Tiada siapa menyangka, karier yang dibina dengan penuh dedikasi akhirnya menjadi titik kehancuran terhadap dua wanita yang kini meringkuk di penjara akibat tipu daya yang licik.
Lily, 43, dan Mawar, 30 (bukan nama sebenar) yang sebelum ini dihormati sebagai ketua juruwang terpaksa menghabiskan hari-hari mereka di sebalik jeriji besi selepas masing-masing terperangkap dalam skandal pecah amanah wang syarikat bernilai RM1.5 juta dan lebih RM200,000.
AdvertisementKedua-duanya dituduh melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang akhirnya meragut kebebasan, reputasi dan masa depan mereka sebaik saja ditempatkan di Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK).
Lily yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan lapan bulan itu terpaksa mengaku dan menanggung kesalahan orang lain akibat kecuaiannya yang percaya kesemua dokumen yang diterima adalah tulen.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Berkongsi pengalaman buruk itu, dia yang sudah bekerja selama 10 tahun memaklumkan kejadian itu berlaku pada tahun lalu apabila pihak akaun mendapati ada transaksi aliran keluar dari akaun bank miliknya.
“Saya cuma menurut arahan daripada pihak atasan selepas menerima dokumen yang seolah-olah tulen sebagai bukti arahan untuk mengeluarkan wang tersebut untuk dimasukkan ke akaun saya sebelum melakukan pemindahan ke akaun lain.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila didapati nilai wang di akaun syarikat tidak selari dengan nilai dalam akaun bank.
“Hasil pemeriksaan terdapat kehilangan wang sebanyak RM1.5 juta,” kongsinya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Krismas dan Tahun Baharu Cina di PWKK di sini baru-baru ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Lily berkata, buntu dengan keadaan itu ditambah pula wang dikeluarkan dari akaun bank miliknya menyebabkan dia terpaksa membuat pengakuan bersalah sebelum dijatuhkan hukuman penjara.
“Kini saya sedar saya telah dipergunakan tetapi kesilapan saya yang adalah terlalu percaya bahawa dokumen yang diterima adalah tulen tanpa membuat pemeriksaan lanjut.
“Dalam penjara ini, banyak saya pelajari dan ambil pengajaran terutama dalam isu percaya dengan orang lain termasuk lebih berhati-hati lagi-lagi melibatkan wang,” katanya.
Sementara itu, Mawar turut menerima nasib yang sama apabila dia dituduh melakukan pecah amanah melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM241,000.
“Saya bertanggungjawab sebagai individu yang menerima slip bank setiap kali wang hasil jualan syarikat dimasukkan ke akaun bank syarikat.
“Semasa kejadian, ia berlaku selama tujuh hari berturut-turut apabila saya menerima slip bank dengan cop yang seolah-olah tulen untuk difailkan sebelum diserahkan kepada ibu pejabat,” katanya.
Bagaimanapun, Mawar berkata, hasil semakan pada rekod bank mendapati wang yang dimasukkan kurang daripada jumlah yang direkodkan dalam slip bank.
“Saya sendiri tidak tahu ke mana wang itu pergi, saya cuma menerima slip bank yang seperti tulen tetapi tidak sangka rupanya sudah dipalsukan.
“Saya kemudian disiasat dan berusaha lawan di mahkamah dengan menggunakan khidmat peguam.
“Tetapi malangnya disebabkan saya pernah menurunkan tandatangan bahawa saya bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku menyebabkan saya kalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan,” katanya.
Mawar berkata, dia yang kini reda dengan nasibnya berusaha untuk memperbaiki diri sepanjang berada di dalam penjara tersebut.
“Kerjaya saya hancur kerana ketika itu baru saja bertukar kerja dan saya terpaksa meninggalkan suami selepas dijatuhkan hukuman pada Mei tahun lalu.
“Di dalam penjara ini walaupun tidak sama seperti di luar tetapi saya rasa lebih selamat apabila tidak terpedaya dengan penipuan daripada orang sekeliling.
“Tetapi saya juga mengambil sikap positif selepas sentiasa mendengar ceramah agama untuk reda dengan nasib yang menimpa dan tidak berdendam dengan apa yang berlaku,” katanya.



