
Dua bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Esteban Solari dan Benjamin Mora mencuri tumpuan apabila mengemudi pasukan masing-masing dalam perlawanan saingan Liga Mexico baru-baru ini.
Solari mengendalikan pasukan Pumas UNAM sebagai jurulatih, sementara Mora merupakan ketua jurulatih pasukan CF Pachuca bertemu dalam saingan liga pada Julai lalu yang berakhir dengan kemenangan 3-0 buat pasukan kendalian Solari.
Untuk rekod, Esteban Solari yang merupakan bekas penyerang Argentina itu dilantik sebagai jurulatih JDT bagi saingan 2022 bagi menggantikan Hector Bidoglio.
Ex-JDT manager derby in Mexican League 😂 Esteban Solari managing Keylor Navas Benjamin Mora managing Salomon Rondon All universe collided 😂😂 https://t.co/VjTooqNq2V
— ayhan 🇸🇬🇵🇸 (@AyhanRMCF) October 17, 2026
Manakala, Benjamin Mora merupakan jurulatih skuad Johor Darul Ta'zim II pada 2017 sebelum dinaikkan pangkat pada 2018.



