
JOHOR BAHRU - Dua beradik yang merupakan cucu kepada peneroka di Felda Ulu Tebrau di sini maut dalam kemalangan di simpang tiga lampu isyarat di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram dekat sini malam tadi.
Menurut Ketua Kampung Felda Ulu Tebrau, Ab Jalil Sahlan, beliau mendapat tahu kejadian yang mengorbankan Nuraisyah Amalin Zaibur, 20, dan Ammar Saifullah Zaibur, 15, itu pada jam 8 malam.
"Mengikut maklumat yang diterima, adik-beradik itu dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh salah seorang penduduk di felda berkenaan.
**media[3093161]**
"Saya difahamkan, pemandu kereta itu dalam perjalanan dari felda ini ke Ulu Tiram ketika kejadian berlaku," katanya.
Jenazah adik-beradik berkenaan kini berada di Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi urusan bedah siasat.
Sementara itu Ab Jalil berkata. jenazah dua beradik berkenaan dijangka dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, sebelum atau selepas waktu Zohor, pada Isnin.


