Dua beradik hilang 6 hari, rupanya ‘melepak’ rumah kawan

2 Oct 2026 • 1:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua beradik hilang 6 hari, rupanya ‘melepak’ rumah kawan

AMPANG JAYA – Dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu akhirnya dilaporkan selamat pulang ke rumah mereka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu pulang sendiri ke rumah selepas waktu subuh.

“Kedua-dua mereka telah selamat kembali ke rumah awal pagi tadi. Mereka pulang sendiri selepas berada di rumah seorang kawan,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Syazana dan adiknya, Nur Qistina selepas kedua-duanya dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Syazana dilaporkan keluar dari rumah di Lembah Jaya Utara kira-kira pukul 8 malam Sabtu lalu untuk makan bersama rakannya di kawasan berhampiran.

Manakala Nur Qistina pula dilaporkan keluar kira-kira pukul 9 pagi keesokan harinya selepas memaklumkan mahu menghadiri karnival sekolah di SMK Taman Kosas.

Kehilangan kedua-dua beradik itu kemudian dilaporkan oleh ibu mereka kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

The post Dua beradik hilang 6 hari, rupanya ‘melepak’ rumah kawan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved