Rundingan UMNO-Pas untuk PRN Melaka positif

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 2:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rundingan UMNO-Pas untuk PRN Melaka positif

PETALING JAYA: Rundingan dan perbincangan antara UMNO dan Pas bagi menjalin kerjasama politik sudah dan sedang berjalan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, perkembangan rundingan berkenaan amat positif, susulan keterbukaan kedua-dua parti untuk meneroka bentuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan Pas sudah dan sedang berjalan. Amat positif, Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin supaya kerjasama UMNO dan Pas diterjemahkan dalam PRN Melaka sebelum diperkukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Hashim sebelum ini berkata, kepemimpinan Pas Pusat perlu meneruskan rundingan dengan UMNO bagi merealisasikan penyatuan antara kedua-dua parti, selain menggesa pemimpin UMNO dan Pas mengetepikan ego, khususnya dalam soal pembahagian kerusi.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengesahkan rundingan berkaitan kerjasama bagi PRN Melaka masih berjalan, termasuk perbincangan mengenai penggunaan logo parti.

Beliau berkata, Pas bersedia menggunakan logo sendiri atau Barisan Nasional (BN), bergantung kepada hasil rundingan antara kedua-dua pihak.

Perkembangan itu menyusul selepas kegiatan Perikatan Nasional (PN) digantung oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), sekali gus menyaksikan perhatian kembali terarah kepada hubungan UMNO dan Pas.

Bagaimanapun, bentuk kerjasama, pembahagian kerusi serta penggunaan logo bagi PRN Melaka masih belum dimuktamadkan.-UTUSAN

The post Rundingan UMNO-Pas untuk PRN Melaka positif appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved