Dua Beradik Lemas: Bapa & Seorang Wanita Ditahan, Beri Keterangan Meragukan

LocalPolitics
5 Sep 2025 • 12:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa baharu apabila bapa mangsa dan seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan.

image is not available

Tragedi dua beradik lemas kereta menggelongsor ke sungai

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan lelaki berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun itu ditahan selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

image is not available

Ibu bapa dua beradik ditahan selepas keterangan meragukan

Kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Port Dickson di 06-6472222 atau pegawai penyiasat, ASP Husairin Che Hussin di talian 012-9654927.

image is not available

Terdahulu, kejadian menyayat hati itu berlaku ketika kereta dinaiki mangsa bersama ibu bapa mereka diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan sebelum tiba-tiba menggelongsor ke dalam air.

Difahamkan, bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok, manakala ibu mangsa yang turut berada di dalam kenderaan berjaya diselamatkan orang awam.

Sumber: Berita Harian (Mohd Khidir Zakaria)