Dua beradik maut dalam kebakaran rumah

16 Oct 2026 • 12:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua beradik maut dalam kebakaran rumah
Kebakaran turut melibatkan empat kenderaan iaitu dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.
Image from: Dua beradik maut dalam kebakaran rumah
Dua beradik perempuan masing-masing berusia 15 dan 18 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Koh, Sitiawan pada Jumaat. Foto JBPM Perak

MANJUNG - Dua beradik perempuan maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Koh, Sitiawan di sini pada Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan jam 9.01 pagi membabitkan mangsa berusia 15 dan 18 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, kebakaran tersebut melibatkan dua rumah berkembar dua tingkat dengan kemusnahan hampir 90 peratus.

"Terdapat dua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam rumah berkenaan. Kedua-dua mangsa yang merupakan adik-beradik disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

**media[3679764]**

Beliau berkata, kebakaran itu turut melibatkan empat kenderaan iaitu dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.

Katanya, operasi pemadaman yang dijalankan 20 anggota bersama BBP Seri Manjung dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai Remis berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi.

"Kerja-kerja overhaul (pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran) sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya.

Sayani berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Unit Anjing Pengesan (K9) turut dihubungi bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved