Pasangan kekasih bawah umur curi motosikal dicekup

16 Oct 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasangan kekasih bawah umur curi motosikal dicekup

SUNGAI SIPUT – Sepasang kekasih bawah umur ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sebuah stesen minyak di Salak Bharu, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun itu ditahan secara berasingan di Kuala Kangsar, semalam.

Katanya, penahanan pasangan itu turut membawa kepada rampasan beberapa barang kes termasuk sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai dicuri mereka.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 malam ketika pengadu berusia 42 tahun meletakkan motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru gelap di hadapan stesen minyak untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.

“Bagaimanapun, selepas selesai mengeluarkan wang, pengadu mendapati motosikalnya tiada sebelum mencari di sekitar kawasan berkenaan namun gagal menemukannya dan mengesyaki kenderaan itu dicuri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek lelaki mengaku membawa teman wanitanya ke stesen minyak tersebut dan semasa sampai di lokasi, remaja perempuan itu telah turun dari motosikal dan mencuri kenderaan milik pengadu.

Katanya, kedua-dua suspek yang masih bersekolah itu kemudian bergerak pulang ke rumah mereka di Kuala Kangsar.

“Pemeriksaan ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati negatif barang terlarang.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pasangan kekasih bawah umur curi motosikal dicekup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved