Pintu tak berjaya dibuka walaupun saya telah cuba – Bapa mangsa

16 Oct 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pintu tak berjaya dibuka walaupun saya telah cuba – Bapa mangsa

LUMUT – Bapa kepada dua beradik yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Koh, Sitiawan dekat sini pagi tadi terkilan kerana gagal menyelamatkan anak-anaknya.

Menurutnya yang dikenali sebagai Kiong, 50-an, sewaktu kejadian dia dan isterinya keluar bersarapan di Sitiawan dan pulang sewaktu kebakaran telah berlaku.

“Sewaktu saya pulang, kami nampak api sedang marak dan saya cuba membuka pintu rumah tetapi ia tak dapat dibuka. Cubaan untuk melanggarnya juga tidak berjaya.

“Keadaan juga begitu panas ketika itu menyebabkan percubaan kami untuk mengeluarkan anak-anak tidak berjaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan dua remaja berusia 18 dan 15 tahun maut apabila terperangkap dalam kediaman yang terbakar di Kampung Koh, Sitiawan dekat sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.01 pagi tadi dengan kebakaran melibatkan dua buah rumah berkembar dua tingkat yang musnah hampir 90 peratus.

Pada masa sama, Kiong berkata, anaknya yang berusia 18 tahun merupakan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (ACS) Sitiawan manakala seorang lagi anak yang maut bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa.

Dia yang bekerja di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Koh berkata, kediaman tersebut turut didiami bersama abangnya yang sewaktu kejadian telah keluar bekerja.

“Saya difahamkan anak-anak ditemui di tingkat atas dan bawah rumah tersebut,” katanya.

Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon turut meluangkan masa melawat lokasi kebakaran dan bertemu dengan ibu bapa mangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Pintu tak berjaya dibuka walaupun saya telah cuba – Bapa mangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved