Dua beradik tokoh korporat bergelar Datuk Seri, Datuk Wira ditahan

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 11:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua beradik tokoh korporat bergelar Datuk Seri, Datuk Wira ditahan

KUALA LUMPUR – Dua tokoh korporat yang juga adik-beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira direman lima hari bagi membantu siasatan kes bersubahat menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai RM10 juta.

Perintah reman ke atas dua suspek bermula hari ini hingga 5 Oktober dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an ditahan pada pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada penghujung 2020.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan untuk meluluskan pelaburan berjumlah RM10 juta kepada syarikat pelaburan milik abang suspek pertama, iaitu Datuk Seri berusia dalam lingkungan 40-an,” katanya kepada Bernama.

Sumber itu berkata, SPRM turut menyita 15 kereta mewah, 12 motosikal berkuasa tinggi, lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan serta wang tunai kira-kira RM30,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -Bernama

The post Dua beradik tokoh korporat bergelar Datuk Seri, Datuk Wira ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved