Dua beranak maut: Pemandu lori tangki direman

15 Aug 2026 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua beranak maut: Pemandu lori tangki direman
Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak semalam, direman selama empat hari.

KUANTAN - Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak semalam, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berumur 37 tahun itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangki

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mendapati lelaki itu negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dua beranak dipercayai ibu dan anak terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api.

Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris dengan bantuan Jabatan Kimia.

Sebelum ini, Mohd Nasyim dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta menghempap kereta terbabit sebelum kedua-dua kenderaan terbakar. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved