Luahan Suami Selepas Kehilangan Isteri & Anak Dalam Nahas Temerloh Buat Ramai Sayu

15 Aug 2026 • 5:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Luahan Suami Selepas Kehilangan Isteri & Anak Dalam Nahas Temerloh Buat Ramai Sayu

Siapa kita untuk menolak ketentuan takdir, setiap ujian yang berlaku di dalam hidup sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Salah satu ujian yang menimpa setiap manusia adalah apabila kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Tiada kata yang mampu diungkapkan, hanya yang melalui sahaja akan memahami peritnya duka yang ditanggung.

Itu yang dialami oleh Saifulnizam Sulaiman apabila isteri dan anaknya maut dalam nahas di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat.

Kereta yang dipandu oleh mangsa yang berusia 39 tahun dihempap oleh sebuah lori tangki yang terbalik.

Lori tersebut terbakar, menyebabkan mangsa dan anaknya yang berumur 12 tahun rentung dalam kejadian itu.

Luahan suami

Dalam satu video yang tular, Saifulnizam berkongsi berita duka itu kepada orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di Story Facebook miliknya, Saifulnizam memohon maaf kerana tidak dapat berurusan buat masa ini kerana isteri dan anaknya meninggal dunia.

Image from: Luahan Suami Selepas Kehilangan Isteri & Anak Dalam Nahas Temerloh Buat Ramai Sayu

"Minta maaf sebab saya tak dapat menguruskan apa-apa urusan buat masa ini. Isteri saya baru kemalangan dan disahkan kemungkinan besar meninggal di tempat kejadian dengan anak saya.

"Jadi buat masa ini minta maaf saya tak boleh berurusan, InsyaAllah nanti saya punya pasukan akan berurusan dengan anda semua," katanya yang merupakan pengusaha benih ikan.

Dia turut meminta agar orang ramai mendoakan arwah anak dan isterinya.

"Doakan anak dan isteri saya semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah," ujarnya.

Image from: Luahan Suami Selepas Kehilangan Isteri & Anak Dalam Nahas Temerloh Buat Ramai Sayu

Terdahulu, pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan itu telah direman oleh pihak polis selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata lelaki berumur 37 tahun itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Bernama.

Baca juga:

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mendapati lelaki itu negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di samping itu, video rakaman dashcam ketika detik-detik kemalangan tersebut turut tular di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved