Dua beregu lelaki negara tempah slot ke suku akhir Terbuka Jepun

16 Jul 2026 • 6:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua beregu lelaki negara tempah slot ke suku akhir Terbuka Jepun
Aaron-Khai Xing terlebih dahulu mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-10, 21-15. Foto: BAM
Image from: Dua beregu lelaki negara tempah slot ke suku akhir Terbuka Jepun
Sze Fei-Nur Izzuddin turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan bekas gandingan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-19 dalam tempoh 40 minit. Foto: BAM

DUA beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Jepun selepas Aaron Tai-Kang Khai Xing dan beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini.

Aaron-Khai Xing terlebih dahulu mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-10, 21-15.

Di peringkat lapan terbaik esok, Aaron-Khai Xing berdepan cabaran lebih getir apabila berkemungkinan menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae atau wakil tuan rumah, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi bagi memburu slot ke separuh akhir.

Sementara itu, Sze Fei-Nur Izzuddin turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan bekas gandingan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-19 dalam tempoh 40 minit.

**media[3584526]**

Di suku akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin akan menentang sama ada beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard atau pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, yang beraksi pada pusingan kedua hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved