
KUNAK: Sebuah rumah satu tingkat dan dua kereta musnah dalam satu kebakaran di Kg Buang Sayang, Jalan Kunak Jaya, di sini, pada pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.45 pagi menerusi talian balai.
“Sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi PBKI Rosman Gari bersama jentera FRT dan kenderaan EMRS dikerah ke lokasi kejadian yang jaraknya enam kilometer dari balai.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 500 kaki, dengan dua pancutan sumber air dari jentera FRT dan pili bomba berhampiran,” katanya.
Operasi itu ditamatkan sepenuhnya jam 11.40 pagi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kunak, Majaran Osman berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mengenal pasti keluarga mangsa dan bantuan bersesuaian telah diatur.
“Ini termasuk bantuan makanan, bahan mentah, keperluan dapur serta bantuan peribadi yang akan disalurkan kepada keluarga terlibat,” katanya selepas meninjau lokasi kebakaran bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat, Jimsamsudin Julpae pada Selasa.




