Dua Blok Pangsapuri Dikosongkan Susulan Tanah Runtuh Di Seputeh

24 Nov 2025 • 2:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Blok Pangsapuri Dikosongkan Susulan Tanah Runtuh Di Seputeh

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Penghuni dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan mengosongkan kediaman susulan pergerakan tanah akibat kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi membabitkan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter.

Beliau berkata kejadian menjejaskan dua kereta dan beberapa motosikal dengan satu daripadanya tertimbus.

“Runtuhan tanah memasuki kawasan pangsapuri berhampiran dan hasil perbincangan dengan wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, arahan dibuat kerana masih terdapat pergerakan tanah serta hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan bomba masih di lokasi untuk memantau pergerakan tanah.

Beliau berkata 11 anggota digerakkan ke lokasi kejadian dengan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera utiliti.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: BERNAMA

The post Dua Blok Pangsapuri Dikosongkan Susulan Tanah Runtuh Di Seputeh appeared first on Siakap Keli.