Mangsa banjir di Bachok meningkat kepada 148 orang petang ini

22 Nov 2025 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di kawasan perumahan di Kampung Budi, Tawang yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam. Foto Bernama

KOTA BHARU - Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat.

"Dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, namun setakat ini belum menempatkan sebarang mangsa banjir,” menurut InfoBencana JKM.

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved