Dua cedera di Kota Belud, tiga terselamat kereta masuk Sungai Padas

3 Aug 2026 • 1:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua cedera di Kota Belud, tiga terselamat kereta masuk Sungai Padas

KOTA BELUD: Dua wanita, salah seorang adalah warga emas cedera selepas Proton Saga dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan di Kampung Penampang, di sini, awal pagi Ahad.

Kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan kira-kira jam 6 pagi menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalamnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Elgie Bakuk berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi dan menggerakkan sebuah pasukan.

“Pasukan itu tiba pada jam 6.30 pagi. Bagaimanapun, mereka mendapati kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

Mangsa, yang berumur 38 dan 73 tahun, mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Operasi itu, yang diketuai Rano Gadol, ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.14 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain.

Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa memandu dengan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan.

Di BEAUFORT, seorang lelaki berumur 28 tahun, seorang wanita berusia 29 tahun dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terselamat selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Padas di belakang sebuah cawangan Maybank di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort Ishak Jabas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 malam sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian, kira-kira dua kilometer dari balai.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu terjunam ke dalam sungai ketika sedang mengundur dan ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di lokasi manakala semua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved