
PADANG TERAP: Seorang wanita maut dan anak lelakinya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dinaiki melanggar penghadang besi di Kilometer 8 Jalan Batu Pengasah, Durian Burung di sini hari ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 7.35 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya berusia 21 tahun yang merupakan pemandu kenderaan pula cedera pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd. Anuar Junoh berkata, MPV itu dipercayai terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi ketika bergerak dari arah Kuala Nerang menghala ke Durian Burung.
“Akibat kemalangan itu, penumpang yang tersepit di tempat duduk hadapan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
The post Ibu maut, anak cedera MPV terbabas langgar penghadang jalan appeared first on Utusan Malaysia.





![[KEMASKINI] Empat maut, seorang cedera Ford Raptor dihempap pokok tumbang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Untitled-design-2026-08-03T162813.346.png)
