Dua cedera dihempap runtuhan struktur bangunan warisan

4 Aug 2026 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua cedera dihempap runtuhan struktur bangunan warisan
Dua mangsa cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan warisan di sebuah premis di Lebuh Armenian pada Selasa. Foto: JBPM
Image from: Dua cedera dihempap runtuhan struktur bangunan warisan
Kejadian pada jam 1.11 petang itu melibatkan runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk (beam) di tingkat sebuah bangunan Poh Thye Hoe. Foto: JBPM

GEORGE TOWN – Dua mangsa cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan warisan di sebuah premis di Lebuh Armenian di sini pada Selasa.

Kejadian yang dilaporkan pada jam 1.11 petang itu melibatkan runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk (beam) di tingkat sebuah bangunan Poh Thye Hoe.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

**media[3604955]**

“Jentera tiba di lokasi pada jam 1.17 petang dan mendapati berlaku runtuhan batu serta kayu dari bahagian rasuk di tingkat satu bangunan.

“Kejadian itu melibatkan dua mangsa yang mengalami kecederaan dan operasi menyelamat sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di lokasi bagi membantu operasi.

Sehingga laporan awal dikeluarkan, operasi menyelamat masih diteruskan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved