
Dua pelancong warga Sri Lanka mengalami kecederaan selepas berlaku runtuhan struktur bangunan di sebuah premis warisan di Lebuh Armenian, George Town pada Selasa.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 1.11 tengah hari apabila sebahagian batu dan kayu daripada rasuk (beam) di tingkat satu bangunan Poh Thye Hoe yang berusia lebih 81 tahun runtuh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) ke lokasi.
Menurutnya, pasukan bomba tiba pada jam 1.17 tengah hari dan mendapati berlaku runtuhan batu serta kayu daripada bahagian rasuk di tingkat satu bangunan berkenaan.
Baca juga:
Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, sorok dadah dalam korset- Dua pelancong Sri Lanka cedera selepas struktur bangunan warisan runtuh di George Town
Pengiring MB Selangor ditegur susulan video tular, Amirudin mohon maaf
Beliau berkata, kejadian itu melibatkan dua mangsa warga asing iaitu seorang lelaki berusia 66 tahun dan wanita berusia 55 tahun yang kedua-duanya mengalami kecederaan.
Tambahnya, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut hadir bagi membantu operasi serta memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Operasi menyelamat kemudian tamat pada jam 2.29 petang.
The post Dua pelancong Sri Lanka cedera selepas struktur bangunan warisan runtuh di George Town appeared first on The Reporter.



![[KEMASKINI] Pelancong Sri Lanka cedera ditimpa struktur bangunan runtuh](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-04-at-4.43.00-PM.jpeg)


